Thursday, November 8, 2012
Alahai Nurul Izzah
Akibat terlalu ghairah berpolitik, terlupa akan makna hebat bahasa - bahasa Tuhan yang bertinta indah. Pelakunya mempunyai idola yang mempunyai oskar terbaik, maka tidak hairanlah demi menjiwai naskah karangan idolanya untuk menuju ke Putrajaya, maka terbiaslah kata-kata dusta...Alahai kasihan....moga diberi hidayah.
Friday, February 24, 2012
Si Tukang Karut dan lagunya
Lagu dan senikata yang di sampaikan oleh si Tukang Karut sudah kelam kabut kedengaran. Nadanya juga telah sumbang mambang namun didendangkan juga kerana tepukan dan sorakan dari peminat dan penyokongnya yang pekak dan tuli yang tidak pernah jemu memberikan harapan. Anak-anak muda yang bergelodak jiwanya juga tertarik dengan melodi dan senikata yang dilontarkan oleh suara jantannya tanpa menyedari jerangkap samar yang sedia menanti. Namun yang peliknya para pemuzik si Tukang Karut ini adalah dari kalangan yang hebat dalam bidang keagamaan serta para pencipta dan penumpang roket. Bayangkan keharmonian nyanyian mereka...hancur dan sadis.Seperkara yang hebat tentang Tukang Karut ini ialah berkemampuan berdendang dengan pelbagai irama mengikut tempat,suasana dan penonton. Kaedah mantik lagi berpuitis sambil bait-bait kata yang memberi semangat dan menyentuh jiwa para pendokongnya yang dungu dan sombong adalah kebolehan yang diakui oleh para pembekal peralatan muzik jiwa. Maka tidak hairanlah senikata dan lagunya sering diperdengarkan di negara Uncle Sam yang majoritinya adalah graduasi dari negara Israel di mana mereka ini adalah bayangan kehancuran dunia yang penuh peradaban ini. Pengaruh muzik dan senikata si Tukang Karut ini telah berjaya diresapi oleh para graduasi jalanan maka, lagu Reformasi dan Bersih telah menjadi lagu yang paling ramai mendapat permintaan dari para pendengar yang dungu dan buta hati.
Dikala ini ada juga para penonton dan pendengar meninggalkan persembahan Tukang Karut ini kerana menyedari lagu yang dinyayikan sama sahaja iaitu "Mari Menuju Ke Putrajaya". Maka wujudlah kroni-kroni penonton yang mula mencipta lagu dan senikata masing-masing yang sedap didengar kerana ianya sememangnya selari dengan arus perubahan yang di ketuai oleh Konduktor Muzik Negara yang mahir dan berpengalaman yang diwarisi dari kehebatan Ayahdanya. Mereka juga telah mendedahkan nota-nota muzik si Tukang Karut ini yang sememangnya dihasilkan sebegitu rupa agar hasrat dan cita-citanya tercapai.
Para juri dan pendengar lagu tegar, yang tahu akan nota-nota serta irama lagu yang betul, selamatkanlah anak-anak kita dari si Tukang Karut ini kerana ianya adalah tanggungjawab paling mulus bagi membetulkan irama yang telah sumbang itu tadi agar ianya kembali merdu dan sedap didengar. Jangan biarkan mereka menangung beban dan derita kerana kesilapan dan kealpaan kita pada masa hadapan.
Thursday, October 27, 2011
Bijaknya Melayu Adalah Untuk Menjahanamkan Bangsa Itu Sendiri
Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki melayu berumur dalam 40 an...sebagaimana biasanya aku akan menanyakan akan perihal sejarah dan kerjayanya. Telah menjadi kebiasaan, aku tidak suka menjadi penumpang yang pasif atau hanya mendiamkan diri sehingga sampai destinasi sekurang-kurangnya dapat juga bersembang serta berkongsi pengalaman..
Aku agak tertarik dan terkesima dengan gaya percakapan dan pengetahuan pemandu teksi yang baru aku kenali. Pengetahuan beliau dalam hal-hal politik seolah-olah beliau ini adalah seorang pemerhati politik yang berkaliber...Aku cuba memancing dengan soalan yang berkisarkan kepada senario politik sekarang...dengan penuh berhati-hati namun tutur katanya ringkas dan tegas beliau meyatakan..."Bijaknya Melayu Adalah untuk Menjahanamkan bangsa Itu Sendiri"...."yang akhirnya Bangsa Melayu akan tetap menjadi hamba kepada bangsa asing ulasnya lagi...
Aku menanyakan lagi kembali kepada beliau apakah yang terbuku di dalam hati dan minda beliau sehingga melontarkan kata-kata itu Lantaran beliau menyatakan dari sudut pandangan beliau sendiri..."kebijaksanaan serta kerakusan pemimpin khususnya melayu adalah seiring, zahirnya memperlihatkan seorang yang hebat dalam memperjuangkan norma-norma bangsa melayu namun, disebaliknya ada agenda yang tidak lari dari untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni, pemimipin yang kaya terus kaya manakala rakyat bawahan masih lagi sama keadaannya, walaupun diwarwarkan rakyat akan mendapat itu dan ini...,tetapi yang nyatanya tiada perubahan,bangsa lain terus kaya dan menindas secara halus bangsa melayu" sambungnya lagi..."apakah pemimpin melayu tidak sedar atau hanya buat-buat tak sedar"...
Aku membiarkan beliau meluahkan bicaranya sambil aku memerhatikan rintik-rintik hujan yang mula menerpa cermin hadapan teksinya..Jalan sedikit sesak maklumlah kesemua kenderaan menerobos ke jalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing. "Abang, maaf kalau saya tanya, adakah abang menjuruskan kenyataan ini kepada kepimpinan negara sekarang atau sebaliknya?"...Pemandu teksi itu menjawab dengan jujur, "abang sedikit kesal dengan kepimpinan negara sekarang kerana banyak hal telah diselindung dan di tambus demi menjaga kesinambungan kuasa dan maruah politik..namun tidak dinafikan ada yang betul-betul ikhlas namun sejauh mana keikhlasan itu"...luahnya, adakah kerana ingin menjaga keharmonain kaum maka mereka rela berkompromi dengan bangsa lain, yang acap kali menjadi gunting dalam lipatan, yang musibahnya bangsa melayu yang menerima kesannya"....
"Bagaimana dengan pembangkang yang diterajui oleh orang melayu yang saya rasa beliau adalah sememangnya terbukti rakus dan tamak apatah lagi masih berdolak dalih dalam permasalah yang diciptanya sendiri, apatah lagi juga sanggup bekerjasama dengan bangsa lain khususnya bukan melayu bagi memenuhi matlamatnya"...saya bertanya kepada beliau..
"Maaf Tuan", beliau menjawab, "apa yang dikatakan saya pada awal tadi iaitu, Bijaknya Melayu itu adalah untuk menjahanamkan bangsa melayu itu sendiri dan sememangya jelas merujuk kepada beliau namun secara sinis juga ditujukan kepada kepimpinan negara sekarang ini...katanya dengan jujur,...
Secara tiba-tiba beliau menanyakan kepada saya, "Tuan, apakah tiada mekanisma atau cara yang terbaik bagi menangani masalah kenaikan harga barang, apakah pentingnya orang tengah dalam sesuatu urusan perniagaan kerana orang tengan itu sendiri sebenarnya adalah kerajaan atau kroni-kroni kerajaan ataupun anak beranak pemimpin kerajaan"....Kalau dahulu RM50 boleh dapat pelbagai barang keperluan khususnya barangan makanan untuk seisi keluarga yang sederhana bagi tempoh seminggu atau lebih, namun kini nilainya tidak sama"...,Hairan juga aku memikirkan kenapa dia menanyakan soalan ini kepada aku, adakah aku kelihatan seperti seorang ahli politik atau ahli perniagaan?,
Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan bersama..."Abang, rumah saya belok kiri selepas traffic light" aku bersuara bila menyedari aku sudah hampir kedestinasi, "kemudian ada simpang kiri abang belok, abang berhenti di hadapan surau tu" sambung aku lagi....
"Abang, apakah pendirian politik abang"?,tanya aku yang inginkan kepastian, soalannya yang berkaitan dengan ekonomi tadi aku biarkan dahulu sebab aku merasakan tidak cukup masa kerana sudah hampir ke destinasi. Sambil tersenyum beliau menjawab, sesungguhnya abang adalah orang melayu yang dari saya kecil sehingga kini adalah penyokong kuat parti orang melayu iaitu UMNO dan saya tidak lupakan jasa-jasa kerajaan Barisan Nasional yang pada hemat saya telah menjalakan kewajipan dan tanggungjawab dengan baik meskipun tidak sempurna. Para kepimpinan yang berbangsa melayu dan beragama islam semestinya berpeganglah kepada ajaran islam itu sendiri dengan penuh keimanan dan bukannya sekadar anutan. Alangkah baiknya sekiranya orang melayu yang kini berpecah disebabkan fahaman politik dapat bersatu di bawah satu Nur yang dapat menerangi kesuraman bangsa melayu itu sendiri. Kasihan pada anak cucu cicit kita nanti, yang akhirnya akan bertuankan kepada bangsa asing dibumi sendiri, belajarlah dari sejarah"...jelasnya
Akhirnya aku sampai ke destinasi dengan selamat dengan tambang yang tertera di meter teksi hampir RM15....agak mahal kepada aku yang hanya berpendapatan sederhana bagi jarak perjalanan 12KM.
Thursday, June 23, 2011
Tentera Kuning Sang Gembala Kambing
Alkisah ceritera disebut satu bala tentera kuning yang akan cuba menawan penghuni hutan batu yang kematu dengan alasan mencari kebenaran disebalik fasal 8 perkara. Gegak gempita di seluruh alam pawana dengan teriakan dusta mencari simpati pengikut yang telahpun buta hatinya. Bodoh, sombong, bongkak, berlagak dan hanya mengikut nafsu adalah pakaian mereka pada hari itu. Sang Gembala Kambing telahpun mengarahkan sikambing hitam menjadi nakhoda untuk mengepalai tentera-tentera dungu ini.
Di sesawang lelabah pelbagai umpat nista, caci membuta kepada yang setia dan peka berkata telah disebar agar gerombolan ini menjadi semakin ramai dan semakin buta hati mereka. Bentara dan pacal-pacal yang memerintah kini tidak ada lagi timbang tara kebaikan bagi pandangan mereka kerana nafsu.
Halal amarah, halal memberontak, halal menjahanamkan harta-harta yang bukan mereka punya, halal membengis demi mempertahankan ego mereka pendek kata serba serbi halal asalkan niat tercapai.
Sadis memikirkan ada kelangsungan hidup segelintir manusia dengan bermisi dusta dan nista. kasihan melihat dan mendengar akan kedangkalan akal mereka terutamanya pemuda-pemudi yang menjadi harapan bangsa terpedaya dengan Sang gembala yang kini terhimpit dengan dosanya sendiri.
Satu hari nanti bila Sang Gembala Kambing ini tiada, nescaya ada lagi yang kotor hatinya akan dapat dilihat disebalik pakaian yang bersih putih dan berkilat.Kehendak Alam yang telah ditulis oleh Sang Karya Agung sesungguhnya ada misteri disebaliknya.
NML23062011
Di sesawang lelabah pelbagai umpat nista, caci membuta kepada yang setia dan peka berkata telah disebar agar gerombolan ini menjadi semakin ramai dan semakin buta hati mereka. Bentara dan pacal-pacal yang memerintah kini tidak ada lagi timbang tara kebaikan bagi pandangan mereka kerana nafsu.
Halal amarah, halal memberontak, halal menjahanamkan harta-harta yang bukan mereka punya, halal membengis demi mempertahankan ego mereka pendek kata serba serbi halal asalkan niat tercapai.
Sadis memikirkan ada kelangsungan hidup segelintir manusia dengan bermisi dusta dan nista. kasihan melihat dan mendengar akan kedangkalan akal mereka terutamanya pemuda-pemudi yang menjadi harapan bangsa terpedaya dengan Sang gembala yang kini terhimpit dengan dosanya sendiri.
Satu hari nanti bila Sang Gembala Kambing ini tiada, nescaya ada lagi yang kotor hatinya akan dapat dilihat disebalik pakaian yang bersih putih dan berkilat.Kehendak Alam yang telah ditulis oleh Sang Karya Agung sesungguhnya ada misteri disebaliknya.
NML23062011
Monday, June 20, 2011
Sidang Kekacauan Sang Dewa
Kedengaran segerombolan manusia yang rakus dan dengkel akalnya akan melaksanakan Sidang Kekacauan kononya untuk membersihkan apa yang dikatakan oleh mereka tidak bersih dan cantik bagi pandangan mereka, antara tuntutan mereka ialah agar proses berkempen dibenarkan selama 21 hari dan bukannya 10 hari sebagaimana lazimnya.
Karut dan sedikit pelik, didalam dunia ini tiada satu parti pun yang berkempen selama 365 hari melainkan mereka-mereka yang tamak in. Kerajaan tidak pernah sekalipun menghalang akan kaedah semborono mereka yang acapkali menggunakan bahasa sinis untuk menghentam kerajaan yang kononnya penuh dengan kudis dan nanah. Sedangkan kiranya mereka menyelak kain-kain cantik dan bersih mereka itu sebenarnya ianya penuh dengan pekong yang busuk lagi meloyakan.
Bercakap hal keagamaan, namun hanya dijadikan sandaran dalam menghalalkan niat mereka. Kalimah suci di salahgunakan dalam sesuatu perkara yang tidak sewajarnya digunakan apatah lagi ianya turut dilaungkan oleh bukan islam. Hancur mahram dan sebutannya tapi tetap diberi penghormatan kerana senada dengan mereka.
Dalam agenda yang diatur oleh mereka selama 365 semestinya diselitkan umpat nista keji dan hina terhadap pihak pemerintah yang telah memberikan mereka emas dan permata selama ini. Segala kesenangan yang dinikmati dari zaman kanak-kanak, zaman persekolahan sehingga belajar di puncak menara yang di panggil gading telah dilupakan begitu sahaja kerana akal telah diselaputi nafsu rakus, dendam keparat dan dosa yang kehitaman.
Dalam membicarakan kebodohan dan kesombongan mereka ini tidak lain tidak bukan semestinya ada influansi dari seorang yang amat terkenal dengan watak sesumpah yang kerap bertukar warna mengikut suhu dan keadaan. Sang Dewa inilah yang merasuk manusia-manusia bodoh agar bertempik dan meracau pada Sidang Kekacauan jalanan mereka yang dirancang pada bulan hadapan.
Kasihan melihat mereka diperalatkan oleh Sang Dewa durjana ini. Ada antara mereka sanggup bersusah payah dari segenap penjuru dunia untuk turut sama membersihkan kota raya dengan sepanduk dan tempikan amarah palsu mereka. Kasihan juga kepada para perniaga yang ikhlas mencari rezeki halal, secara tidak langsung mereka turut terkena tempiasnya.
Para penjaga keamanan telah memberi kata dua, tiga dan seterusnya agar tidak mengharmonikan laungan sumbang mereka serta meramaikan gerombolan ini. Lantaran jika mereka pekak dan buta yang disengajakan, maka tidak hairanlah kiranya mereka ini akan menerima akibat dan kesannya. Ini tentulah bukannya KEHENDAK ALAM.
NML20062011
Wednesday, December 8, 2010
Ceritera Dusta Sang Pelawak Air Tanggal 5 Disember 2010 - Masjid Negara
Keghairahan mereka mentafsir dalam skop kemahuan mereka sendiri, maka teserlahlah wajah disebalik topeng Sang Pelawak yang berkeinginan tinggi yang terlupa rumput dibawah sepatunya itu dulu pernah menghijau dalam setiap hela nafasnya.
Beberapa Sang Pelawak yang pandai berkata-kata nista bagi mentafsirkan mimpi Sang Pendusta yang ingin berkuasa telah mencetuskan gegak gempita di Masjid Negara. Warkah yang dikata dan dijaja untuk Baginda Diraja yang tersembunyi hajat tersurat dan tersirat telah di serahkan kepadan wakil Baginda Diraja.
Janji dikata agar tiada sengketa telah dinoda. Pengikut Sang Pelawak yang berjumlah kononya terlalu ramai hanyalah catitan retorik semata-mata. Hanya segerombolan mereka yang tegar dan taksub pada sang pelawak yang dibayangi sang pendusta telah melaungkan kata-kata keji dan hina kepada pihak berkuasa kerana hasrat tidak terlaksana.
Maka pihak berkuasa telah menjalankan tugas demi memartabatkan kelangsungan tahta Baginda Diraja serta Memanda-Memanda dan Pacal-Pacal Negara. Rakyat Jelata yang tidak dinoda dengan cerita Sang Pelawak harus juga dijaga.
Kesabaran pihak berkuasa ada batasnya, tindakan memandikan pengikut Sang Pelawak yang disulami kabut kelabu hanyalah teguran ikhlas yang berkias. Ada yang dipelawa penuh berhemah-hemah untuk bersama menaiki kenderaan pihak berkuasa agar kelangsungan agenda Sang Pelawak air berhenti dari terus melakar sejarah bodoh mereka.
Aku, bersama teman seangkatan menjadi saksi dalam sketsa Sang Pelawak yang ternyata penuh dusta dan nista. Kerana ingin mencapai impian serta memenuhi impian Sang Pendusta mereka tidak peduli dan kisah akan kelangsunag kehendak alam yang cintakan kedamaian.
NML091110
Beberapa Sang Pelawak yang pandai berkata-kata nista bagi mentafsirkan mimpi Sang Pendusta yang ingin berkuasa telah mencetuskan gegak gempita di Masjid Negara. Warkah yang dikata dan dijaja untuk Baginda Diraja yang tersembunyi hajat tersurat dan tersirat telah di serahkan kepadan wakil Baginda Diraja.
Janji dikata agar tiada sengketa telah dinoda. Pengikut Sang Pelawak yang berjumlah kononya terlalu ramai hanyalah catitan retorik semata-mata. Hanya segerombolan mereka yang tegar dan taksub pada sang pelawak yang dibayangi sang pendusta telah melaungkan kata-kata keji dan hina kepada pihak berkuasa kerana hasrat tidak terlaksana.
Maka pihak berkuasa telah menjalankan tugas demi memartabatkan kelangsungan tahta Baginda Diraja serta Memanda-Memanda dan Pacal-Pacal Negara. Rakyat Jelata yang tidak dinoda dengan cerita Sang Pelawak harus juga dijaga.
Kesabaran pihak berkuasa ada batasnya, tindakan memandikan pengikut Sang Pelawak yang disulami kabut kelabu hanyalah teguran ikhlas yang berkias. Ada yang dipelawa penuh berhemah-hemah untuk bersama menaiki kenderaan pihak berkuasa agar kelangsungan agenda Sang Pelawak air berhenti dari terus melakar sejarah bodoh mereka.
Aku, bersama teman seangkatan menjadi saksi dalam sketsa Sang Pelawak yang ternyata penuh dusta dan nista. Kerana ingin mencapai impian serta memenuhi impian Sang Pendusta mereka tidak peduli dan kisah akan kelangsunag kehendak alam yang cintakan kedamaian.
NML091110
Wednesday, October 6, 2010
Misteri Kehidupan
Sebutir kata yang terbit dari tinta bertinta mencerminkan gerak lalu sang pujanga alam dalam mencari runut kasihNya Sang Pencinta. Tiada waktu pasti dalam mentafsir susur galur bahasa Tuhan memungkinkan kita leka dalam alam fartamogana yang resah gelisah bersama misteri kehidupan.
Terlekanya kita bukan salahNya. Ingatan melalui bahasa yang cukup indah yang didengari setiap hari agar lena yang panjang kelak tidak diganggu. Pencipta Alam penuh dengan kasih sayang, sujudlah di Istana Raja dengan bercucuran mutiara keikhlasan mohon keampunan dan keredhaan.
Degupan jantung yang seiringan nada dengan Tasbih Kasih KalamNya, mengheningkan rasa diri disebalik tubuh perkasa yang berdosa.
Moga kedhaifan langsung sang hamba ini bisa memutikkan warna-warna cinta Si Agung dalam meneruskan jejak-jejak langkah perjalanan kehidupan yang entah bila waktunya meskipun tanda-tanda kasihNya telahpun dizahirkan.
NML071010
Subscribe to:
Comments (Atom)