Friday, February 24, 2012

Si Tukang Karut dan lagunya

Lagu dan senikata yang di sampaikan oleh si Tukang Karut sudah kelam kabut kedengaran. Nadanya juga telah sumbang mambang namun didendangkan juga kerana tepukan dan sorakan dari peminat dan penyokongnya yang pekak dan tuli yang tidak pernah jemu memberikan harapan. Anak-anak muda yang bergelodak jiwanya juga tertarik dengan melodi dan senikata yang dilontarkan oleh suara jantannya tanpa menyedari jerangkap samar yang sedia menanti. Namun yang peliknya para pemuzik si Tukang Karut ini adalah dari kalangan yang hebat dalam bidang keagamaan serta para pencipta dan penumpang roket. Bayangkan keharmonian nyanyian mereka...hancur dan sadis.

Seperkara yang hebat tentang Tukang Karut ini ialah berkemampuan berdendang dengan pelbagai irama mengikut tempat,suasana dan penonton. Kaedah mantik lagi berpuitis sambil bait-bait kata yang memberi semangat dan menyentuh jiwa para pendokongnya yang dungu dan sombong adalah kebolehan yang diakui oleh para pembekal peralatan muzik jiwa. Maka tidak hairanlah senikata dan lagunya sering diperdengarkan di negara Uncle Sam yang majoritinya adalah graduasi dari negara Israel di mana mereka ini adalah bayangan kehancuran dunia yang penuh peradaban ini. Pengaruh muzik dan senikata si Tukang Karut ini telah berjaya diresapi oleh para graduasi jalanan maka, lagu Reformasi dan Bersih telah menjadi lagu yang paling ramai mendapat permintaan dari para pendengar yang dungu dan buta hati. 

Dikala ini ada juga para penonton dan pendengar meninggalkan persembahan Tukang Karut ini kerana menyedari lagu yang dinyayikan sama sahaja iaitu "Mari Menuju Ke Putrajaya". Maka wujudlah kroni-kroni penonton yang mula mencipta lagu dan senikata masing-masing yang sedap didengar kerana ianya sememangnya selari dengan arus perubahan yang di ketuai oleh Konduktor Muzik Negara yang mahir dan berpengalaman yang diwarisi dari kehebatan Ayahdanya. Mereka juga telah mendedahkan nota-nota muzik si Tukang Karut ini yang sememangnya dihasilkan sebegitu rupa agar hasrat dan cita-citanya tercapai. 

Para juri dan pendengar lagu tegar, yang tahu akan nota-nota serta irama lagu yang betul, selamatkanlah anak-anak kita dari si Tukang Karut ini kerana ianya adalah tanggungjawab paling mulus bagi membetulkan irama yang telah sumbang itu tadi agar ianya kembali merdu dan sedap didengar. Jangan biarkan mereka menangung beban dan derita kerana kesilapan dan kealpaan kita pada masa hadapan.