Monday, June 20, 2011

Sidang Kekacauan Sang Dewa

Kedengaran segerombolan manusia yang rakus dan dengkel akalnya akan melaksanakan Sidang Kekacauan kononya untuk membersihkan apa yang dikatakan oleh mereka tidak bersih dan cantik bagi pandangan mereka, antara tuntutan mereka ialah agar proses berkempen dibenarkan selama 21 hari dan bukannya 10 hari sebagaimana lazimnya.

Karut dan sedikit pelik, didalam dunia ini tiada satu parti pun yang berkempen selama 365 hari melainkan mereka-mereka yang tamak in. Kerajaan tidak pernah sekalipun menghalang akan kaedah semborono mereka yang acapkali menggunakan bahasa sinis untuk menghentam kerajaan yang kononnya penuh dengan kudis dan nanah. Sedangkan kiranya mereka menyelak kain-kain cantik dan bersih mereka itu sebenarnya ianya penuh dengan pekong yang busuk lagi meloyakan.

Bercakap hal keagamaan, namun hanya dijadikan sandaran dalam menghalalkan niat mereka. Kalimah suci di salahgunakan dalam sesuatu perkara yang tidak sewajarnya digunakan apatah lagi ianya turut dilaungkan oleh bukan islam. Hancur mahram dan sebutannya tapi tetap diberi penghormatan kerana senada dengan mereka.

Dalam agenda yang diatur oleh mereka selama 365 semestinya diselitkan umpat nista keji dan hina terhadap pihak pemerintah yang telah memberikan mereka emas dan permata selama ini. Segala kesenangan yang dinikmati dari zaman kanak-kanak, zaman persekolahan sehingga belajar di puncak menara yang di panggil gading telah dilupakan begitu sahaja kerana akal telah diselaputi nafsu rakus, dendam keparat dan dosa yang kehitaman.

Dalam membicarakan kebodohan dan kesombongan mereka ini tidak lain tidak bukan semestinya ada influansi dari seorang yang amat terkenal dengan watak sesumpah yang kerap bertukar warna mengikut suhu dan keadaan. Sang Dewa inilah yang merasuk manusia-manusia bodoh agar bertempik dan meracau pada Sidang Kekacauan jalanan mereka yang dirancang pada bulan hadapan.

Kasihan melihat mereka diperalatkan oleh Sang Dewa durjana ini. Ada antara mereka sanggup bersusah payah dari segenap penjuru dunia untuk turut sama membersihkan kota raya dengan sepanduk dan tempikan amarah palsu mereka. Kasihan juga kepada para perniaga yang ikhlas mencari rezeki halal, secara tidak langsung mereka turut terkena tempiasnya.

Para penjaga keamanan telah memberi kata dua, tiga dan seterusnya agar tidak mengharmonikan laungan sumbang mereka serta  meramaikan gerombolan ini. Lantaran jika mereka pekak dan buta yang disengajakan, maka tidak hairanlah kiranya mereka ini akan menerima akibat dan kesannya. Ini tentulah bukannya KEHENDAK ALAM.



NML20062011

No comments:

Post a Comment