Wednesday, December 8, 2010

Ceritera Dusta Sang Pelawak Air Tanggal 5 Disember 2010 - Masjid Negara

Keghairahan mereka mentafsir dalam skop kemahuan mereka sendiri, maka teserlahlah wajah disebalik topeng Sang Pelawak yang berkeinginan tinggi yang terlupa rumput dibawah sepatunya itu dulu pernah menghijau dalam setiap hela nafasnya.

Beberapa Sang Pelawak yang pandai berkata-kata nista bagi mentafsirkan mimpi Sang Pendusta yang ingin berkuasa telah mencetuskan gegak gempita di Masjid Negara. Warkah yang dikata dan dijaja untuk Baginda Diraja yang tersembunyi hajat tersurat dan tersirat telah di serahkan kepadan wakil Baginda Diraja.

Janji dikata agar tiada sengketa telah dinoda. Pengikut Sang Pelawak yang berjumlah kononya terlalu ramai hanyalah catitan retorik semata-mata. Hanya segerombolan mereka yang tegar dan taksub pada sang pelawak yang dibayangi sang pendusta telah melaungkan kata-kata keji dan hina kepada pihak berkuasa kerana hasrat tidak terlaksana.

Maka pihak berkuasa telah menjalankan tugas demi memartabatkan kelangsungan tahta Baginda Diraja serta Memanda-Memanda dan Pacal-Pacal Negara. Rakyat Jelata yang tidak dinoda dengan cerita Sang Pelawak harus juga dijaga.

Kesabaran pihak berkuasa ada batasnya, tindakan memandikan pengikut Sang Pelawak yang disulami kabut kelabu hanyalah teguran ikhlas yang berkias. Ada yang dipelawa penuh berhemah-hemah untuk bersama menaiki kenderaan pihak berkuasa agar kelangsungan agenda Sang Pelawak air berhenti dari terus melakar sejarah bodoh mereka.

Aku, bersama teman seangkatan menjadi saksi dalam sketsa Sang Pelawak yang ternyata penuh dusta dan nista. Kerana ingin mencapai impian serta memenuhi impian Sang Pendusta mereka tidak peduli dan kisah akan kelangsunag kehendak alam yang cintakan kedamaian.

NML091110