Thursday, June 23, 2011

Tentera Kuning Sang Gembala Kambing

Alkisah ceritera disebut satu bala tentera kuning yang akan cuba menawan penghuni hutan batu yang kematu dengan alasan mencari kebenaran disebalik fasal 8 perkara. Gegak gempita di seluruh alam pawana dengan teriakan dusta mencari simpati pengikut yang telahpun buta hatinya. Bodoh, sombong, bongkak, berlagak dan hanya mengikut nafsu adalah pakaian mereka pada hari itu. Sang Gembala Kambing telahpun mengarahkan sikambing hitam menjadi nakhoda untuk mengepalai tentera-tentera dungu ini.

Di sesawang lelabah pelbagai umpat nista, caci membuta kepada yang setia dan peka berkata telah disebar agar gerombolan ini menjadi semakin ramai dan semakin buta hati mereka. Bentara dan pacal-pacal yang memerintah kini tidak ada lagi timbang tara kebaikan bagi pandangan mereka kerana nafsu.

Halal amarah, halal memberontak, halal menjahanamkan harta-harta yang bukan mereka punya, halal membengis demi mempertahankan ego mereka pendek kata serba serbi halal asalkan niat tercapai.

Sadis memikirkan ada kelangsungan hidup segelintir manusia dengan bermisi dusta dan nista. kasihan melihat dan mendengar akan kedangkalan akal mereka terutamanya pemuda-pemudi yang menjadi harapan bangsa terpedaya dengan Sang gembala yang kini terhimpit dengan dosanya sendiri.

Satu hari nanti bila Sang Gembala Kambing ini tiada, nescaya ada lagi yang kotor hatinya akan dapat dilihat disebalik pakaian yang bersih putih dan berkilat.Kehendak Alam yang telah ditulis oleh Sang Karya Agung sesungguhnya ada misteri disebaliknya.

NML23062011

No comments:

Post a Comment