Selepas persidangan UMNO, maka bergeraklah kita ke kawasan masing-masing dengan penuh semangat untuk bekerja dan mempastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memperolehi kemenangan majoriti 2/3 atau lebih. Namun apakah semangat yang meresapi jiwa dan minda sewaktu perhimpunan Agong UMNO tempohari betul-betul di hayati dan adakah ianya akan kekal.
Kehadiran mereka ke perhimpunan ini penuh dengan glamor dan "bling-bling". Kereta-kereta mewah dengan pemandu peribadi, berbahasa orang putih yang kadang kala kedengaran tungang langgang, Gajet-gajet terkini sampai tak cukup tangan untuk ditonjol, Ada yang berpakaian tetapi "telanjang", puterinya yang seksi dan kelihatan sedikit "gedik". Makan hanya di restoran yang ada kelas. Sempat berhibur di kelab-kelab malam dan setara. Ada yang berkesempatan ke spa dan berurut.
Natijahnya, rakyat sudah bijak untuk menilai. Pendapatan sebagai YB
mahupun hanya sebagai perwakilan boleh dicongak dan dikira, namun
lagaknya membuatkan rakyat terfikir bagaimana mereka telah menjadi
begitu mewah dan sombong. Adakah kerana kehebatan mereka menjana pendapatan sampingan ataupun mengambil kesempatan keatas kelemahan orang lain kerana sudah berkuasa.
Tetapi bukan semuanya berkelakuan sedemikian. Masih ada yang tinggi budi pekertinya, masih ada yang setia pada parti walaupun tiada jawatan. Masih ramai yang menyanjung tinggi adat dan budaya serta berpegang teguh pada agama. Namun yang menjadi masalah golongan ini tidak dijadikan isu oleh rakyat kebanyakkan. Mereka yang beketerampilan "pelik" yang menjadi dendangan.
Rasionalnya disini adakah semua yang hadir ini betul-betul berjuang untuk parti UMNO dan BN. Dalam senario politik dan keadaan semasa sekarang, ada kemungkinan perjuangan mereka tidak ikhlas hanya bersadarkan pada kepentingan duniawai seamata-mata. Tidak mustahil goyangnya UMNO dan BN adalah disebabkan segelintir dari mereka yang berkepentingan khususnya untuk menambahkan kekayaan mereka dan bukan untuk berkhidmat dan berjasa kepada rakyat. Berdasarkan pada pengalaman yang lalu masih ada golongan rakyat bawahan yang merasakan gelagat pembesar-pembesar UMNO tempatan ini tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan.
Mereka berkata dusta dan janji kadangkala terlupa untuk dikota. Sekelompok manusia yang berhati hiba dan berdendam durjana merasakan tidak ada guna untuk bekerjasama dengan pemimpin yang hanya pandai berseloka. Lantaran yang menjadi luka adalah UMNO dan BN itu sendiri.
Polimik ini mempunyai kesan secara tidak langsung kepada pengundi atas pagar dan yang telah hitam hatinya terhadap perjuangan pembangkang. Yang di atas pagar terus melompat ke pihak pembangkang kerana kecewa dan mereka tidak peduli dengan wadah dan janji-janji palsu pembangkang asalkan puas dan dendam terbalas. Yang sememangnya hitam hati mereka akan berkokok dan terus mengata serta mencerca.
Di dalam rumah UMNO sendiri ada yang buta hati kerana termimpi-mimpi jawatan sampai terlupa budi pekerti sehingga sanggup berbomoh dan berdukun rakan sendiri asalkan nama dicalon untuk jawatan YB mahupun jawatan menteri. Pengikut-pengikutnya yang berani mati diupah dan disaji dengan janji-janji lembut lidah dari gusi. Ini yang ditakuti terjadi oleh Perdana Menteri, meskipun acapkali diingati agar jangan ada yang iri hati dan dengki.Tetapi akibat nafsu telah melebihi akal pekerti, nasihat tidak dipedulikan lagi. Dikhabarkan ada calon-calon yang cuba melobi, meskipun kelayakan akademik tak setinggi mana sehingga sanggup mencipta bukti, kononya belajar sampai keluar negeri. Kita lihatlah nanti siapa calon-calon yang tak sedar diri ini.
Permasalahan ini masih belum nampak jalan penyelesaiannya kerana selagi nafsu rakus mengatasi akal maka sukar untuk di benteras apatah lagi ianya telah berakar tunjang. Moga ada sinar dihujung jalan, Wallahualam.
Manakala dari sudut pandang dengar pembangkang yang egonya melangit, tasbih dan zikir mereka hanya "Putrajaya", sampai lupa akan hasrat mereka terdahulu khususnya PAS yang hendak melelong Putrajaya kiranya dapat mentadbir negara. Keterbukaan niat PAS yang bertukar nada dan lagu adalah satu fenomena terkini. Kelicikan bala tentera mereka mencipta fitnah dan memutarkannya kesegenap alam memang terbukti. Tidak hairanlah artis-artis yang dikhabarkan telah mendapat wahyu dan petunjuk telah mula bercakap dan berbahasa Tuhan, seolah-olah maksum lagaknya sampaikan kebaikan yang dilaksanakan oleh UMNO dan kerajaan BN tetap dikatakan tidak bermoral, jahat, bermotif politik dan sebagainya.
Penghijrahan sekelompok manusia yang telah mula sedar akan kekhilafan mereka terdahulu ke dalam PAS mencerminkan seolah-olah PAS sahaja yang islam dan dijamin kesyurga, manakala UMNO tidak menjamin kesyurga kerana parti ini tidak menjadikan islam sebagai asas perjuangan. Maka, terpesonalah golongan ini, apatah lagi penampilan yang cukup islamik, yang lelakinya berkopiah putih dan beserban serta berjanggut. Manakala muslimahnya menutup aurat sempurna. Tidak dinafikan kaedah pemakaian serta penampilan ini adalah menurut syariat islam dan ianya amat dituntut apatah lagi kiranya kita mengikut sunah-sunah nabi dalam kehidupan seharian kita, nescaya mendapat pahala kalau itu niat kita. Tetapi yang menjadi persoalan, mengapa pancaindera mereka seolah ditutup, dibutakan dan dipekakkan sedangkan kebenaran itu sahih dan mereka bertungkus lumus mencari asbab untuk menafikan kebenaran. Subhanallah, Maha Suci Allah Moga diberi pengampunan kepada mereka ini.
Kealpaan dan keegoan mereka ini telah dipergunakan oleh musuh islam yang nyata iaitu DAP. Mereka juga tidak segan silu tanpa dan tanpa rasa bersalah menjalin hubungan dengan DAP. DAP yang rasis telah menyemai benih-benih kebiadaban terhadap negara yang berdaulat ini dengan memperkudakan orang melayu yang lupa diri iaitu PKR dan PAS. Habis harta nenek moyang kita yang kaya raya dahulu telah tergadai kepada mereka ini. Mereka cukup licik dan bijak dalam kerja-kerja drama mereka. Maka tidak hairanlah tanah di Perak telah dianugerhakan kepada yang kononnya berhak selama 999 tahun, pembinaan rumah-rumah mewah di Pulau Pinang yang membuatkan orang melayu hanya mampu pandang sahaja kerana harganya diluar kemampuan. Ini adalah salah satu strategi DAP untuk menjarakkan lagi nisbah pemilikan harta dan kekayaan kaum cina dengan orang melayu khususnya.
Pembangunan mewah dan hebat di Nusajaya, Johor mencerminkan kecekapan kerajaan BN membawa masuk pelabur terkemuka dan secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan lebih banyak kepada rakyat Malaysia khususnya di selatan tanah air. Namun disebaliknya, ianya mempunyai kesan langsung, kerana pembangunan di kawasan ini yang berskala tinggi, canggih dan mewah telah menidakkan hak-hak orang melayu itu sendiri untuk memiliki harta meskipun sebuah rumah untuk keluarga. Ini disebabkan harganya tidak mesra kepada orang melayu waima golongan pertengahan. Golongan yang berkemampuan adalah kaum cina dan disini ada polimiknya tersendiri yang akan memberi kesan tidak baik kepada orang melayu dalama jangka masa panjang. Ini disebabkan golongan yang tinggi sifat perkaumannya ini tidak akan membezakan parti dalam memperjuangkan kaum mereka samada MCA, DAP mahupn GERAKAN asalkan terbentuk satu komuniti bangsa mereka yang kaya, berjaya dan berkuasa. Cita-cita mereka untuk menjadikan negara ini sebagaimana pembentukan negara Singapura tidak mustahil. Singapura yang diterajui PAP nescaya telah menyediakan acuannya dan telah menjadi "Master Mind" dalam kaedah sosio ekonomi "Pecah dan Perintah".
Perjuangan mereka tidak terbatas dalam soal politik sahaja, ianya juga merangkumi aspek keagamaan. Hak kesamarataan serta kebebasan memilih agama adalah misi jahat mereka dari dulu lagi. Mereka tidak peduli dengan Hudud PAS yang hanya timbul bila pilihanraya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka berjaya mentadbir negara. Mereka amat gembira dengan PKR yang sehati dan sekata dengan mereka. LGBT dan Pluralisme makin giat dilagukan tanpa peduli kesan kepada agama, bangsa dan negara kita. Kebiadapan mereka makin gila dengan demonstrasi jalanan dan huru-hara yang dicetuskan oleh mereka. Lynas yang halal operasinya masih ditentang asalkan jadi haram kepada mereka. Memperjuangkan hak ibunda mereka di sekolah-sekolah kebangsaan, meskipun kerajaan BN telah bertolak ansur di dalam sesuatu perkara, mereka masih tidak berpuas hati dan terus mencuba untuk memporak peranda. Sanggup menggunakan Al-Quran yang diterjemahkan ikut suka dalam ceramah mereka asalkan mendapat sokongan sehinggakan kaum PAS yang hebat dalam memanupulasi ayat-ayat Quran juga turut senada dengan DAP yang pendusta.
Pencetus kepada ketidaktenteraman politik dan negara kini adalah dari seorang Mahadewata mereka yang sepatutnya berada di dalam kandang besi. Beliau amat pintar dalam mengekploitasikan isu dan permasalahan. Lagaknya mesra dan senantiasa tersenyum plastik yang tersulam sombong dan bongkak. Bercakap seolah-olah kebaikan sifat itu adalah sinonim dengannya, bak kata isterinya "Anugerah Tuhan". Cita-citanya nan tinggi untuk menjadi Perdana Menteri telah membutakan hatinya. Kesalahan demi kesalahan dilakukan dan dibuktikan namun tidak pernah mengaku akan kesalahannya. Pembohongan demi pembohongan dicipta dan dirangka dan tidak menjadi masalah padanya kerana pahlawan-pahlawannya yang mempunyai pelbagai perangai huduh dan buruk sanggup berjuang seiring dengannya. Anaknya juga turut sama berlagu sumbang, asalkan papanya bahagia.
Pilihanraya ke 13 adalah detik penentuan dan hala tuju anak bangsa kita samada kerajaan yang sedia ada akan terus bertahta ataupun pembangkang yang durjana akan memimpin negara. Kiranya sayang pada agama bangsa dan negara pilihlah yang boleh menjamin kelangsungan kesejahteraan dan keamanan dan kemakmuran negara. Moga satu hari nanti titik pertemuan sebangsa senegara dan seagama yang kini tersembunyi dan amat payah untuk ditemui akan muncul, laksana mentari yang bersinar pagi untuk menerangi maya persada tanah air tercinta ini...
Sekelumit ingatan, pandanglah sesuatu perkara itu dengan mata hati nescaya ada
petunjuknya. Dampingilah guru-guru yang fana dan tinggi pengetahuan,
syariat, hakikat, tarikat dan makrifatnya dan juga para ilmuan agama yang sederhana dalam prinsipnya. Belajarlah dari kesilapan
peradaban manusia yang lampau. Tingkatkan jatidiri dalam sanubari.
Fikirkanlah anak cucu kita di kemudian hari, apa jua rintitan dan keputusan dari permasalahan ini ada hikmahnya. Kesemuanya adalah perancangan Allah kerana yang Terbaik adalah dari Allah.